Saturday 31 August 2013

Sekitar Majlis Persaraan Guru Besar Sk. Sri Jerai..(Pn. Fatimah Binti Masaud)

Biodata 
Pn. Fatimah binti Masaud dilahirkan pada tahun 1957, di Kampung Alor Gonchar, Alor Setar. Anak Kepada seorang Imam iaitu Hj. Masaud dan seorang suri rumah Pn. Hjh. Jam. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Gunung dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Convent dan SMK ASMA. Beliau amat meminati bidang seni visual, dan menyambungkan pelajaran beliau ke Maktab Perguruan Ilmu Khas -Cheras pada tahun 1979. Selain dari minat yang mendalam bidang seni, beliau juga aktif dalam aktiviti sukan. Mewakili Maktab dalam sukan bola jaring peringkat Maktab Perguruan Ilmu Khas. Ibu kepada 6 orang anak ini telah berkhidmat di Sk. Sri jerai bermula pada 16 Mei 2008 sehingga Julai 2013. Pelbagai pencapaian telah diperolehi semasa beliau berkhidmat sebagai guru besar di Sk. Sri Jerai. Antaranya pencapaian UPSR telah memperolehi peningkatan setiap tahun serta mewarnai sekolah dengan penglibatan seorang dari murid sekolah ini ke peringkat kebangsaan melalui pertandingan seni silat gayong. Pelbagai usaha telah beliau dilakukan untuk meningkatkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri serta negara. Saya mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan yang diusahakan oleh beliau mahupun secara langsung atau tidak langsung.

TERIMA KASIH CIKGU...

Engkau bagaikan cahaya
Yang menerangi jiwa
Dari segala gelap dunia

Engkau adalah setetes embun
Yang menyejukan hati
Hati yang ditikam kebodohan
Sungguh mulia tugasmu Guru
Tugas yang sangat besar

Guru engkau adalah pahlawanku
Yang tidak mengharapkan balasan
Segala yang engkau lakukan
Engkau lakukan dengan ikhlas

Guru jasamu takkan kulupa
Guru ingin ingin kuucapkan
Terimakasih atas semua jasamu













No comments:

Post a Comment