Friday 20 September 2013

PERGINYA 3 PERWIRA SKSJ

Tanggal 19 September 2013, maka genaplah 3 bulan perjuangan 3 insan istimewa di SKSJ. Kini mereka sudah berada di pernghujung perkhidmatan sebagai guru pelatih di SKSJ. 3 insan yang dimaksudkan ialah Mohd Syafik, Mohd Qawiem dan Nor Farhah. Mereka telah memberi banyak sumbangan kepada sekolah sepanjang perkhidmatan mereka di SKSJ.


PK Koko menerima cenderamata dari guru-guru pelatih

Mohd Qawiem

Mohd Syafik

Nor Farhah

Kita doakan mereka sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan cepat naik ke jinjang pelamin. Admin mewakili SKSJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketiga-tiga guru pelatih ini kerana sudi memilih SKSJ sebagai tempat praktikal.
Akhir kata, semoga segala pengalaman yang diperolehi dapat membantu mereka di masa hadapan.

Sedih Sedih




Wednesday 18 September 2013

AKTIVITI PASCA UPSR 2013

(19.09.2013)
Hari ini murid-murid tahun 6  menjalankan aktiviti Pasca UPSR yang sudah lama dirancang oleh guru-guru Tahun 6.Bola Jaring dan Bola Sepak menjadi keutamaan bagi aktiviti Pasca UPSR.Hari ini merupakan pertembungan separuh akhir bagi Bola Jaring Perempuan dan perlawanan akhir Bola Sepak Lelaki.Chaiyok2.Gambate2.

Para pemain diberi taklimat tentang perlawanan akhir BJ

Cikgu Hilminah : Ampa yang kalah ni kena usaha lebih lagi nah
Murid-murid : Kalah lagi..Sob2

Sesi latihan mantap pasukan bola sepak lelaki.

Dalam sejarah bola sepak di mana penjaga gol lebih dari seorang. Tobat xmasuk kalau shot banyak kali pun.

Sepakan percuma yang xseberapa percuma.

Muka-muka pasukan yang masuk final bersama jurulatih masing-masing.

Mangkuk FC (Cikgu Yusof) VS The Noobs FC (Cikgu Tan)

Pasukan Bola Jaring yang bakal berentap dalam perlawanan separuh akhir.

Tiger FC VS Tales FC
Bersama jurulatih pasukan dan pengadil perlawanan.

Wajah-wajah ceria yang kecundang di perigkat awal permainan.
cuba lagi la nohhh...

Pengadil memberi taklimat akhir sebelum "Game On".

Woi, pi ligan bola cepat...

Yahhhhh....Jaringan Mempersona

Cikgu Hilminah : Oi,mana bole pegang bola sambil jalan..FAUL2
GD : Ayoooo

Baru seminit ja dah xlarat nak main ka?

Pengadil : Hang ni,ikat la ketat2 tali ni lain kali.
Player : Baik cik puan.

????

Passing kat aku cepat..aku kosong ni



Bolaaaa....Jangan tinggalkan daku..

Budak ni kentut nak blocking kononnya laa.

Bola Halimunan

Hang Jebat : Tepi2..Bola tu hak aku
Hang Tuah : Tidakkk! Ia hak aku sejak dahulu lagi

Keputusannya???

TUNGGUUUUUUUU

CIKGU MERANGKAP TUKANG KEBUN

(19.09.2013)
Di saat guru-guru yang lain sedang menikmati sarapan pagi yang lazat, beliau bertungkus-lumus memastikan Taman Herba dalam keadaan ceria dah bersih.Tabik spring lah..

Ish,mana rambutan ni xjatuh2 lagi ni

Haa,tu dia..yah yah

Aik,mana pi nya singa aku beli kemaren?
Miaowwwww

Siram siram disiram ohoiii

Tanpa beliau,Taman Herba pasti tidak ada serinya.Bertuah SKSJ ada guru merangkap tukang kebun yang berdedikasi seperti Cikgu Ramli.
Hidup Cikgu Ramli!

Tuesday 17 September 2013

ROLE MODEL HARI UNIT BERUNIFORM 2

RABU (18.09.2013)

Seorang lagi gambar role model unit berunifiorm yang bakal bersara tidak lama lagi.
Masih lagi ada 4 bulan sebelum beliau menjejakkan kaki melangkah keluar dari SKSJ.

Sungguh bergaya dan kacak menjadi kejelesan semua guru lelaki SKSJ

SIDANG SANTAI UPSR

Hari ini murid-murid Tahun 6 bersantai selepas UPSR.Banyak aktiviti yang mereka ikuti sebagai mengisi masa lapang.

Sedang bergembira bermain kad



Muka-muka riang menjalankan aktiviti Pasca UPSR

Makan Makan Makan
Yeahhh,naik haji sudahhh

Taklimat kemasukan ke Tingkatan 1

Bakal-bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah

Orang-orang kuat taklimat


Tekun mendengar taklimat

Permainan Teng Teng yang menjadi kegilaan murid-murid Tahun 6

Hai..bersidang pa ni?

ROLE MODEL HARI UNIT BERUNIFORM

RABU (18.09.2013)
Role Model yang menjadi ikutan guru-guru SKSJ


Sungguh hensem dan bergaya Guru Besar menggayakan pakaian Kadet Remaja Sekolah


Monday 16 September 2013

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Selasa (17.09.2013)
Perhimpunan pagi diadakan seperti biasa dan disertakan dengan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan.majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis.Majlis diserikan dengan ucapan Guru Besar yang menceritakan mengenai maksud dan sejarah merdeka.
Guru Besar melepaskan dua merpati sejoli sebagai simbolik Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan.

Kita sebagai orang Islam wajib memerdekakan diri dari sifat-sifat mazmumah dan terapkan sifat-sifat mahmudah dalam diri kita.

Murid-murid meneliti setiap perkataan-perkataan yang terbit dari bibir Guru Besar

Guru-guru SKSJ yang bersemangat dalam membimbing anak murid



Ucapan dari Guru Besar

Guru-guru mendengar ucapan dengan tekunnya


Wajah-wajah tak sabar menunggu gimik majlis


Bayang belakang guru-guru yang berjuang dalam menuntut kemerdekaan

Burung-burung yang bakal dimerdekakan

Terbanglah Terbanglah bebas ke angkasa

Selamat tinggal burung merpatiku

Maka bebaslah burung merpati sejoli bebas ke udara

Semoga kemerdekaan pada bulan ini dapat memberikan keinsafan kepada diri kita sebagai Muslim dalam memahami pengorbanan umat Islam yang terdahulu yang sentiasa berkorban dalam mempertahankan agama Islam yang suci.
Tidak lupa kepada pejuang-pejuang negara yang berkorban jiwa dan raga dalam menuntut kemerdekaan kepada negara Malaysia.