Saturday 2 February 2013

Sejarah Sk. Sri Jerai...


Sejarah SK Sri Jerai (SKSJ) bermula sebaik sahaja SK Gurun Pusat (SKGP) yang merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang ada di kawasan Gurun telah melakukan pembaikpulihan dan pembinaan bangunan baru pada tahun 1981. Maka dengan itu, semua pelajar yang berada di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke sekolah yangbaru dibina ini. Walau bagaimanapun, ia masih berada di bawah satu pentadbiran yang sama dengan SKGP. Guru Besar pertama yang ditugaskan di sekolah baru ini adalah Encik Abd. Rahman.
Mengikut sejarah, nama SKSJ diambil sempena nama Gunung Jerai yang tersergam indah di mana gunung ini merupakan mercu tanda kebanggaan bagi penduduk sekitar Gurun.
Bangunan pertama sekolah ini adalah bangunan 3 tingkat yang mula didirikan pada tahun 1981 (Blok A). Disitulah terletaknya bangunan pentadbiran dan bilik-bilik darjah. Oleh kerana pertambahan jumlah pelajar, maka sebuah lagi bangunan dibina (1990 - Blok B).
SKSJ menunjukkan perkembangan yang memberansangkan dari hari ke hari dengan melakukan pelbagai perubahan dari segala aspek meliputi pengurusan dan pentadbiran, kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum pelajar. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani dan jasmani serta intelek.

No comments:

Post a Comment