Monday 9 September 2013

UPSR 2013

Tanggal 10 September 2013, bermulalah perjuangan murid-murid Tahun 6 SKSJ dalam menempoh cabaran pertama dalam dunia pendidikan yang merupakan peperiksaan yang menjadi kesukaan  murid-murid Tahun 6 semua negeri iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pagi 10 September 2013, murid-murid Tahun 6 SKSJ berkumpul di perkarangan dewan bagi mendengar amanat terakhir dari wakil guru Tahun 6, Guru Besar dan YDP PIBG sebelum memulakan perjuangan.Ustaz Zamferi mengetuai bacaan doa memohon kecemerlangan semua murid SKSJ dalam UPSR tahun ini.








Sebelum memasuki dewan peperiksaan, semua murid menghulur tangan memohon kemaafan dan restu dari semua guru kelas Tahun 6. Bermacam-macam raut wajah yang terpancar jelas kelihatan pada setiap murid. Ada yang masam, ada yang seronok, ada yang yakin dan ada juga yang gementar.







Apa-apa pun kita doakan agar mereka tenang dalam menjawab setiap soalan dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2013.Amin

Maju SKSJ untuk negara.

No comments:

Post a Comment