Sunday 17 February 2013

Kempen Galakan Membaca 2013





Ahad,17 Febuari 2013- Kempen Galakan Membaca peringkat sekolah bagi tahun 2013 dirasmikan oleh Guru Besar Sk Sri Jerai pada hari ini, bertempat di tapak perhimpunan mingguan Sekolah Kebangsaan Sri Jerai. Kempen Galakan Membaca ini bagi memupuk semangat dan minat membaca dikalangan murid-murid disekolah ini. Berikut adalah foto yang sempat dirakamkan semasa perasmian kempen galakan membaca peringkat sekolah bagi tahun 2013. TAHNIAH diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan perasmian kempen galakkan membaca..

Tuesday 12 February 2013

Foxit Reader 1.4 full version

Sedikit mengenai Foxit Reader, Foxit ini sebenarnya adalah software penampil dokumen PDF yang Free di internet. Foxit Reader ukuran file yang lebih ringan dari aplikasi pembaca PDF lain, Software itu juga mempunyai banyak kegunaan dan mempunyai banyak fungsi-fungsi yang mungkin akan sangat berguna bagi penggunanya.

KLIK DISINI UNTUK DOWNLOAD...

Foxit Reader

SMM software

Berikut adalah Aplikasi Sistem Maklumat Murid untuk kegunaan Tahun 2013.  Aplikasi ini terdapat dalam 2 set menggunakan MS Access 2003 dan MS Access 2007/2010. Untuk memuatturun sila klik di sini.
Terima kasih...

Monday 11 February 2013

Lagu Negeri Kedah


Lagu Negeri Kedah

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata



Lambang Negeri Kedah


Lirik Lagu Rasmi Negeri Kedah - Lagu Negeri Kedah

SMM kutipan data sehingga 14.02.2013...

Rakan2 guru kelas yang masih belum menyelesaikan kerja2 key in data SMM.. anda boleh berbuat demikian pada hari selasa (12.2.2013) sehingga hari khamis (14.2.2013).. kerjasama anda dlm menyegerakan proses key in data didahului ucapan terima kasih...
https://www.facebook.com/groups/322137744564109/

Moto Sk. Sri Jerai..


Moto: Tuntutlah Ilmu dan Amalkan

Obor: Lambang kemenangan dan kegemilangan
Tangan: Lambang permuafakatan warga sekolah
Gandar: Lambang era teknologi dan wawasan

Warna biru: Lambang kedamaian dan ketenangan jiwa
Warna hijau: Lambang keheningan persekitaran
Warna merah: Lambang iltizam dan kekuatan yang tinggi
Warna kuning: Lambang kesetiaan dan disiplin kendiri

Saturday 2 February 2013

Lagu Sekolah

Di sini kami berdiri
Bersama menjejak mimpi
Menjadi insan harmoni
Seimbang dan bervisi

Di sini kami berkumpul
Bersama penyuluh diri
Membakar menerangi hati
Itulah pendidik kami

Berusaha dan berbakti
Membentuk peribadi
Berdisiplin dan berwawasan
Seluruh warga di sini

Sri Jerai terus maju
Seiring zaman dan waktu
Tuntutlah ilmu dan amalkan
Itulah pegangan kami


Sejarah Sk. Sri Jerai...


Sejarah SK Sri Jerai (SKSJ) bermula sebaik sahaja SK Gurun Pusat (SKGP) yang merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang ada di kawasan Gurun telah melakukan pembaikpulihan dan pembinaan bangunan baru pada tahun 1981. Maka dengan itu, semua pelajar yang berada di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke sekolah yangbaru dibina ini. Walau bagaimanapun, ia masih berada di bawah satu pentadbiran yang sama dengan SKGP. Guru Besar pertama yang ditugaskan di sekolah baru ini adalah Encik Abd. Rahman.
Mengikut sejarah, nama SKSJ diambil sempena nama Gunung Jerai yang tersergam indah di mana gunung ini merupakan mercu tanda kebanggaan bagi penduduk sekitar Gurun.
Bangunan pertama sekolah ini adalah bangunan 3 tingkat yang mula didirikan pada tahun 1981 (Blok A). Disitulah terletaknya bangunan pentadbiran dan bilik-bilik darjah. Oleh kerana pertambahan jumlah pelajar, maka sebuah lagi bangunan dibina (1990 - Blok B).
SKSJ menunjukkan perkembangan yang memberansangkan dari hari ke hari dengan melakukan pelbagai perubahan dari segala aspek meliputi pengurusan dan pentadbiran, kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum pelajar. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani dan jasmani serta intelek.